

Rumah Pelarian

Sekolah Pelarian

Alat Pemanas

Pek Makanan

Khidmat Perubatan


Selimut Tebal

Makanan Panas
Rakyat Syria memerlukan tajaan anda untuk barang keperluan harian dan pelbagai kemudahan asas.
Bina Masjid
Perkembangan Terkini
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN RESCUE SYRIA
Projek Bantuan Berfokus
![]() Heater For The Winter | ![]() Rebuild Syrian Homes | ![]() Syrian Medical Endowment |
---|---|---|
![]() Wakaf Deep Water Well | ![]() Rebuild Syrian Economy | ![]() Rebuild Mosque For Syrians |
![]() Rebuild School For Syrians | ![]() Food Packs For Refugees | ![]() Wakaf Ambulance For Syria |

"Pihak Team RescueSyria mensasarkan bantuan kilat membangunkan rumah khemah pelarian yang berjaya lari menyelamatkan diri dari serangan bom. Mereka ini tidak mempunyai apa-apa dan mengharapkan ehsan daripada kita, saudara mereka"
(Dr) Sani Araby Al-Kahery
Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan
RescueSyria (MAPIM Malaysia)
"Small action could save LIVES.
Help us draw a million smiles!"

The 1st
Malaysian Wakaf City for Syrian Refugees
Pihak MAPIM Malaysia dengan kerjasama Agensi Wakaf Kerajaan Turki telah berjaya membeli tanah 56 ekar khusus untuk menempatkan sebuah bandar wakaf bersepadu dan terancang bagi pelarian Syria di kawasan Azaaz. Bandar ini diasaskan setelah lebih 7 tahun pengalaman team RescueSyria melihat betapa keadaan pelarian perlukan satu 'Master Plan Jangka Panjang' untuk membangun semula saudara Syria kita yang diuji dengan perang.
Pelan pembinaan Bandar Wakaf ini merangkumi pembinaan 1,000 buah rumah, sekolah, masjid, pusat pembangunan ekonomi, Pusat pengupayaan Insan, Pusat Latihan Pendidikan, Central Kitchen serta Poliklinik. Projek ini merupakan yang pertama seadanya dari pihak NGO Malaysia dan memerlukan sokongan sahabat penderma budiman untuk merealisasikan projek jangka-panjang yang beri
manfaat berganda secara berterusan ini


Aktivis Kemanusiaan Rescue Syria Mission






Hazwani Helmi
Heliza Helmi
Almarhum
Hj Abdul Aziz Abu Bakar
(Dr) Sani Araby Al-Kahery
Ketua Aktivist
Zulhanis Zainol
Maulana Helmi
Panel Syariah
Laporan Misi RescueSyria
FAQ
Frequently Asked Question
v.1.0
"Saya takda anak dan berhajat sangat nak ambil anak syria sebagai anak angkat, boleh MAPIM uruskan bawa balik anak Syria, kesian tengok"
Soalan 1 : Bolehkah MAPIM uruskan membawa pulang anak Syria untuk dijadikan anak angkat?
Jawapan 1: Jazakallah atas hasrat dan niat yang sangat mulia ini. Sungguh sedih sekali saat lihat ramai anak kecil Syria yang terkorban hatta kurang nutrisi di kem pelarian. Prosedur sebagai jutaan pelarian yang terkandas akibat perang menjadikan ramai anak kecil tidak mempunyai id diri mahupun passport. Hatta prosedur melibatkan negara jiran Turki tidak mudah untuk menguruskan keluar masuk Pelarian yang tiada pengenalan diri
Tambah budaya Arab juga tidak memberikan anak samada yatim piatu kepada pihak luar yang tidak dikenali. Mereka akan sedaya upaya menjadi penjaga kepada anak Syria ini.
Kaedah terbaik dan sangat disyorkan adalah dengan menaja anak-anak kecil Syria ini menerusi pembinaan dan pengurusan Sekolah serta Rumah Anak Yatim. Mereka lebih selesa dengan budaya di tempat dilahirkan dan praktikal untuk jangka masa panjang.
"Boleh Akak hantar baju sejuk
Akak ni ke Syria, sayang beli tapi baru sekali guna"
Soalan 2 : Saya mempunyai baju sejuk yang masih elok dan berhajat untuk hadiahkan kepada pelarian Syria. Adakah MAPIM menerimanya?
Jawapan 2: Terima kasih atas kepedulian yang dizahirkan moga Allah SWT ganjarkan sebaiknya atas niat yang mulia. Pihak Team RescueSyria mempunyai pengalaman mengurus baju sejuk dari Malaysia untuk ke Syria namun sepanjang 7 tahun pengalaman MAPIM telah menjalankan penilaian semula dan keputusannya adalah membeli baju sejuk baru di Turki dengan harga kilang (lebih murah dan berkualiti) dan menghantar terus ke dalam Syria. Secara tidak langsung kos shipping dan tax yang patut dibelanjakan dapat dijimatkan dan saudara pelarian Syria juga menerima baju-baju musim sejuk yang baru dibeli dengan pelbagai size (bayi/anak kecil/wanita dan lainnya)